Selamat menyambut tahun baru kepada semua warga SK
Bandar Maharani.. Bersyukur ke hadrat Allah swt kerana
Unit IT sekolah ini masih dapat membangunkan paparan
laman web sekolah sejajar dengan dasar Kementerian
Pelajaran Malaysia ke arah celik IT. Adalah menjadi
hasrat saya dan warga sekolah, dengan adanya paparan
Laman Web ini akan menjadi penghubung yang positif
antara pihak sekolah dengan ibubapa serta masyarakat
luar. Justeru dengan adanya laman web ini Sekolah
Kebangsaan Bandar Maharani telah melangkah ke era dunia
IT tanpa sempadan.
Menjadi harapan besar pihak sekolah, kejayaan akademik ,kokurikulum
serta sahsiah, menjadi lebih mantap dan berkesan dari
kalangan anak-anak kita. Kecemerlangan dalam bidang
sahsiah dan akademik merupakan satu anugerah yang sangat
berharga. Kejayaan merangkul Anugerah Sekolah Cemerlang
Peringkat Kebangsaan,Kementerian Pelajaran Malaysia
telah melonjakkan semangat warga sekolah kearah
pencapaian visi dan misi sekolah berlandaskan Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan. Keputusan UPSR dalam
Negeri Johor dan terbaik Daerah Muar, juga telah
mengharumkan dan melonjakkan nama sekolah ini dikalangan
ibu bapa, masyarakat, PPD Muar,Jabatan Pelajaran Negeri
Johor dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kejayaan yang cemerlang perlu selari dengan pembentukan
sahsiah. Justeru tema pengurusan secara berfokus iaitu
”SAHSIAH CEMERLANG TERAS KEJAYAAN” merupakan panduan
khas warga sekolah ke arah pencapain visi dan misi
Kementerian Pelajaran Malaysia dan sekolah. Akhirkata,
kejayaan yang dikecapi adalah hasil usaha kita
bersama.Terima kasih diucapkan kepada PIBG, guru-guru
serta semua yang mengharumkan nama sekolah. Semoga
berikutnya menjanjikan lebih kejayaan kepada kita.
Insyallah.
|