...:: PERUTUSAN YDP PIBG ::...

 

Tuan Haji Dr Ahmad Fauzi Bin Abu
YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani


Assalamualaikum ,

Selamat menyambut Maal Hijrah 1431 dan Tahun Baru 2010. Tahniah kepada Unit IT yang telah berjaya melangkah ke hadapan dengan membangunkan paparan laman web sekolah ini dengan jayanya. Melalui laman web ini kita akan dapat mengakses serta mengetahui hal persekolahan anak mereka.

Bagi ibu bapa / penjaga laman web ini menjadi satu talian hubungan antara kita dengan sekolah . Perkembangan sekolah akan dapat diketahui oleh ibu bapa / penjaga melalui laman web ini. Selain itu bagi bekas pelajar sekolah ini maklumat atau berita terkini akan dapat mendorong anda untuk membantu sekolah ini. Sumbangan tenaga atau kewangan dapat menolong menampung program-program sekolah ini. Akhir kata tahniah sekali lagi dari saya.

Sekian, terima kasih.